Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Scha Mahu Lebih Menonjol Sebagai Pengacara!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Sikap Scha yang suka bercakap membuatkan dia selesa bergelar pengacara.
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al Yahya berazam untuk lebih menonjol sebagai seorang pengacara dan tidak akan menolak jika ada mana-mana syarikat produksi yang ingin memberinya peluang itu.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 30, berkata, dia tidak pernah berasa kekok bergelar pengacara kerana sifatnya yang memang gemar bercakap.
"Saya memang suka bercakap di depan kamera dan tidak keberatan untuk menerima sebarang tawaran sebagai pengacara sekiranya berpeluang kerana begitu menyukai bidang itu.
"Malah apabila TV3 menawarkan saya untuk menerajui program Muzik-Muzik saya tidak fikir panjang kerana saya memang menantikan peluang untuk bergelar pengacara," jelasnya kepada mStar Online.
Scha sebelum ini pernah mengacarakan program Sehati Berdansa bergandingan dengan pelakon Fahrin Ahmad.
Dalam pada itu, Scha berkata, selain lakonan dan bidang berkenaan, dia dan suami, Awal Ashaari juga sibuk menguruskan perniagaan mereka iaitu Schapoholic yang menjual pakaian dan aksesori wanita.
Menurut Scha, perniagaan itu semakin berkembang dan mereka telah pun membuka cawangan kedua di Wangsa Walk Mall di Wangsa Maju dekat sini selepas mendapat permintaan ramai.
"Syukur perniagaan semakin berkembang dan cawangan terbaharu ini kami dapat tapak yang lebih besar berbanding kedai pertama yang hanya kios sahaja dan sambutan sangat menggalakkan," katanya.
Kios pertama Schapobolic milik pelakon itu terletak di pusat membeli belah, The Curve, Kota Damansara di sini.
Dalam perkembangan lain, Scha memberitahu dia bakal muncul dengan drama berjudulHero Malaya dan sebuah telefilem, Lady Gagap untuk slot Cerekarama di TV3. mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments