Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] 2 pengganas ditembak mati, 1 anggota tentera gugur!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Lahad Datu: Seorang prebet tentera terbunuh manakala seorang lagi berpangkat koperal cedera berhampiran telinga ketika pasukannya bertempur dengan sekurang-kurangnya lima pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, di sini, yang turut menyebabkan dua pengganas mati ditembak, semalam.
Dalam kejadian antara jam 9 pagi hingga 1.50 tengah hari berhampiran Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo itu, prebet berkenaan dikenali sebagai Ahmad Hurairah Ismail, 24, bersama anggota pasukannya dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Tawau dalam misi menjejak saki-baki pengganas yang sebelum itu bertempur dengan mereka di Sungai Nyamuk.

ANGGOTA tentera mengusung keranda ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu, semalam.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, ketika pasukan berkenaan memburu kumpulan pengganas terbabit, berlaku pertempuran yang menyebabkan Ahmad Hurairah terkena tembakan dan terbunuh manakala Koperal Khairul Anuar, 35, cedera.

Sebelum ini dilaporkan tiga pengganas ditembak mati, tetapi Hamza berkata, pasukan berkenaan menembak mati dua pengganas manakala tiga lagi melarikan diri.

Katanya, pasukan terbabit melakukan kerja penggeledahan dan pembersihan di kawasan Sungai Nyamuk apabila terserempak saki-baki kumpulan pengganas terbabit. Hmetro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments