Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Jennifer Love Hewitt Insurankan Buah Dada!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kegilaan Bintang Hollywood Terhadap Badan Sendiri
Los Angeles – Aktress Jennifer Love Hewitt baru-baru ini dilaporkan telah menginsuranskan  payu daranya sebanyak $5 juta dolar.
Namun bukan dia sahaja yang berbuat demikian.
Jika orang lain sibuk menginsurankan harta benda mereka seperti rumah, kereta dan binatang peliharaan, sebaliknya golongan selebriti Hollywood pula bertindak sebaliknya.
Antaranya penyanyi Rihanna dan Jamie Lee Curtis yang mengambil polisi insurans masing-masing bernilai $1 juta dolar dan $2.8 juta dolar untuk kaki mereka.
Kegilaan ini dimulakan oleh bintang Hollywood, Betty Grable, yang membeli polisi insurans sebanyak $1 juta dolar untuk kakinya pada 1940-an.
Berbeza pula dengan anggta kumpulan Van Halen, David Lee Roth.
Semua orang akan faham  jika dia membeli insurans untuk melindungi peti suaranya, namun sesuatu yang mengejutkan apabila dia membeli polisi insurans bernilai $1 juta untuk air maninya.
Ia menyebabkan ramai yang menggeleng kepala dengan gelagat Lee Roth ini.
Tidak terkecuali dalam pembelian insurans ini ialah gitaris Rolling Stones, Keith Richards yang membeli insurans sebanyak $1.6 juta dolar untuk tangannya.
Bagi Richards, tangannya itu adalah aset utamanya dan tempat dia mencari makan.
Manakala pelakon lagenda Tom Jones pula membeli insurans untuk bulu dadanya .
Jika sesuatu berlaku kepada bulu dadanya itu, maka dapatlah dia pampasan sebanyak $7 juta dolar.
Dolly Parton pula yang terkenal dengan payu dara besar itu tidak terkecuali.
Menyedari dia tidak akan dikenali tanpa payu dara bersaiz 40DD itu, dia membeli insurans sebanyak $3.8 juta dolar.
Aktres Jennifer Lopez atau J-Lo turut mengambil langkah sama bagi melindungi punggung pejalnya itu.
Dia yang sememangnya terkenal dengan persembahan lincah ketika di pentas, membeli insurans untuk punggungnya bernilai $27 juta dolar.
Selebriti lain termasuklah pemain bola David Beckham, Mariah Carey dan model Heidi Klum yang membeli insurans untuk kaki mereka.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments