NAIB Presiden PKR, YB Tian Chua dilaporkan sebentar tadi oleh sumber suarapakatanrakyat.com di ibu pejabat PKR, Tropicana, akan mengadakan lawatan ke Lahad Datu Sabah, untuk bertemu dengan rakyat di sana dan menjelaskan begitu banyak salah faham berkaitan kenyataannya yang menyifatkan insiden di Lahad Datu ini sebagai satu sandiwara UMNO.
Selain dari sesi penerangan, Tian Chua juga akan turut hadir di Balai Polis Lahad Datu untuk memberi keterangan atas beberapa laporan polis yang telah dibuat ke atas beliau di sana.
Lawatan tersebut dijangka diadakan beberapa hari dari sekarang ini bukan sebagai respon ke atas cabaran ahli Parlimen Silam, Datuk Salleh Kalbi beberapa hari lepas yang sanggup membiayai kedatangan beliau kesana (Salleh boleh simpan saja wangnya itu), tapi sememangnya sejak salah faham ini bermula, Tian Chua memang tidak sabar untuk ke Sabah tapi tertangguh atas beberapa sebab tertentu.
Diantaranya, termasuklah untuk mendapatkan jaminan keselamatan dari pihak Polis Diraja Malaysia dengan menyediakan khidmat kawalan polis pengiring sepanjang beliau berada di sana.
Jaminan ini bukan bermaksud Tian Chua bimbang dengan tindak balas rakyat Sabah, beliau pun tahu rakyat Sabah sudah muak dengan pentadbiran kerajaan BN dan menyokong Pakatan Rakyat. Tapi beliau bimbang dengan kacau bilau yang mungkin dicetuskan penyokong UMNO atau samseng yang diupah untuk mencederakannya nanti.
Sila Baca Selanjutnya Di suarapakatanrakyat.com
No comments
Post a Comment