Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Keith Foo & Hanis Zalikha Artis Terbaharu Astro!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

                            Hanis dan Keith dipilih sebagai Artis Naungan Astro terbaharu.


KUALA LUMPUR: Pemilihan dua artis baru iaitu Keith Foo dan Hanis Zalikha sebagai artis naungan Astro terbaharu dilihat tepat berdasarkan bakat kedua-duanya yang mampu pergi jauh dalam industri hiburan tempatan.
Ketua Pembangunan dan Pengurusan Harta Intelek Astro, Bob Azrai berkata, pihaknya akan memberi peluang yang lebih luas kepada Hanis dan Keith dan bersedia menerima tawaran daripada stesen televisyen untuk kerjaya mereka.

"Pihak Astro tidak akan mengikat mereka untuk muncul di saluran Astro sahaja tetapi lebih kepada pengurusan bakat supaya mereka mendapat peluang lebih luas dalam industri hiburan tempatan.
"Malah pihak Astro sendiri sentiasa komited dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan dan percaya Keith dan Hanis mempunyai potensi besar untuk dikembangkan dalam setiap cabang seni," jelasnya.
Bob ditemui selepas majlis memperkenalkan Hanis dan Keith sebagai Artis Naungan Astro terbaharu di Restoran Delicious di sini pada malam Selasa.
Keith terlebih dahulu mencipta nama di Indonesia selama 10 tahun sebagai pelakon dan model manakala Hanis adalah seorang penulis blog, pelakon dan model.
Bob memberitahu pemilihan Hanis dan Keith adalah berdasarkan bakat, personaliti dan kualiti yang ada pada kedua-dua artis itu.
Dalam pada itu, Bob berkata, pemilihan pasangan itu berdasarkan bakat serta kualiti mereka yang dilihat mampu pergi jauh dalam industri dan memberikan impak positif kepada industri seni secara keseluruhannya.
"Bakat adalah kriteria utama pemilihan selain kualiti dan personaliti yang menarik tambahan pula kedua-dua mereka secara dasarnya mempunyai latar belakang yang kuat untuk mengukuhkan nama sebagai artis berkaliber.
"Seperti Keith yang telah terlebih dahulu popular di Indonesia dengan pelbagai kejayaan cemerlang manakala Hanis mempunyai keistimewaan tersendiri," katanya.
Sementara itu, Bob berkata, pihaknya sudah merancang beberapa projek untuk dua artis itu namun tidak dapat mendedahkannya buat masa ini.
Selain pasangan tersebut, artis-artis lain yang bernaung di bawah Astro ialah Elfira Loy serta beberapa peserta yang dicungkil menerusi program Raja Lawak dan On Air.
Selebriti ini tidak disekat untuk muncul di stesen televisyen lain manakala Erra Fazira dan Aaron Aziz adalah artis di bawah Wajah Eksklusif Astro yang hanya dibenarkan berlakon untuk penerbitan stesen televisyen itu sahaja dalam tempoh kontrak. mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments