Portal hiburan TMZ.com turut melaporkan bahawa perintah tersebut berkuat kuasa terhadap peminat itu, Steveland Barrow selepas dia ditahan kerana menceroboh rumah jiran Rihanna di sini.
Barrow pada awalnya menyangka kediaman tersebut milik bintang berusia 25 tahun itu. Dia dilaporkan tidur di salah sebuah katil di rumah terbabit.
Mahkamah memerintahkan Barrow mesti menjarakkan diri sekurang-kurangnya 100 meter dari Rihanna selama tiga tahun.
Sebelum ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Diamonds itu ada memohon perintah tersebut kerana bimbang keselamatannya.
Bintang kelahiran Barbados itu baru menamatkan persembahan di Montreal, Kanada hujung minggu lalu. - Agensi
No comments
Post a Comment