Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Babyface Puji Kelunakan Suara Siti Nurhaliza!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kenny 'Babyface' Edmond
Tak siapa dapat menyangkal kelunakan suara yang dimiliki oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Semua bersetuju dengan kurniaan bakat yang dikurniakan kepada penyanyi kesayangan ramai itu.
Malah penyanyi antarabangsa, Kenny ‘Babyface’ Edmond turut memuji kelunakan suara yand dimiliki isteri kepada Datuk Khalid Jiwa itu.
Pujian ikhlas itu diberikan Babyface sebaik sahaja selesai mendendangkan lagu duet pertamanya bersama Datuk Siti berjudul When I Fall In Love, sebelum meneruskan kolaborasi mereka dengan lagu hits Babyface yang berjudul Fire pada malam gala Sapura Kencana Petroleum Malaysian Grand Prix Gala 2013 di Hotel Majestic, kelmarin.
Menerusi portal Murai, Datuk Siti menyatakan, “sukar untuk saya ungkapkan perasaan saya selepas berpeluang berduet dengan Kenny ‘Babyface’. Pastinya sangat gembira kerana beliau merupakan composer, penyanyi dan pemuzik yang sangat disegani.
“Lebih-lebih lagi ketika di zaman sekolah dulu saya sering mendengar lagu-lagu merdu Babyface dan sekarang saya berpeluang beradu suara dengannya,” katanya yang sebelum ini pernah berduet dengan Gareth Gates, Lee-Hom Wang dan Sean Kingston.
Majlis gala amal yang dianjurkan sempena kehadiran sukan Formula One di ibu negara itu, telah berjaya mengutip dana sebanyak RM200,000 bagi membantu Institut Jantung Negara.
Selain Kenny ‘Babyface’, Datuk Siti, pelakon popular siri Desperate Housewives, Teri Hatcher , Josh Hartnett, penyanyi jazz queen Datuk Sheila Majid, Marion Caunter, Joe Flizzow dan pelumba Mercedes GP, Lewis Hamilton serta Nico Rosberg.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments