Majalah hiburan Now pula melaporkan, Pitt, 49, dan Jolie, 37, sudah mengeluarkan belanja perkahwinan sebanyak AS$2.3 juta (RM7.1 juta).
Majalah itu turut mendakwa, aktor Hollywood tersebut telah mengambil dokumen perkahwinan mereka pada Februari lalu.
"Pitt dan Jolie menempah sebuah resort di Caribbean bernilai AS$760,000 (RM2.4 juta) semalam dan majlis akan berlangsung secara tertutup," kata satu sumber memberitahu majalah Now.
Majlis berkenaan dilaporkan hanya mampu memuatkan 120 tetamu dan lokasinya mengadap laut.
Pada Ogos tahun lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan di kediaman mereka yang bernilai AS$60 juta (RM186.8 juta) di selatan Perancis. - Agensi
No comments
Post a Comment