Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Perenang Maut Dibaham Jerung!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Auckland – Perenang Auckland dibaham hingga mati oleh seekor jerung berukuran 4.3 meter, dipercayai jenis Great White, semalam Adam Strange, 46, diserang dan ditarik ke dalam air 200 meter dari pantai Muriwai di Auckland pada jam 1.30 petang di depan beratus-ratus pengunjung pantai.

Lebih tiga lagi jerung dikatakan terbabit dalam serangan itu ketika anggota polis melepaskan 20 tembakan dari bot keselamatan dan helikopter dalam usaha menyelamatkan Strange.

Polis berkata, mereka tidak tahu sama ada tembakan mereka mengenai jerung itu, tetapi haiwan itu berundur dan menghilangkan diri.
Tubuh mangsa kemudian ditemui di laut. Polis berkata, keluarganya sangat kecewa. Mereka menyifatkan mangsa, penerbitan filem sebagai bapa, suami dan kawan yang hebat serta baik.
Pengawal pantai yang mengenali Strange mengambil masa setengah jam untuk menemui mayatnya yang di kelilingi dua jerung.
Menurut laman web stuff.co.nz, seorang nelayan, Pio Mosie yang menyaksikan serangan itu menyifatkan kejadian itu mimpi ngeri.
“Kami melihat jerung muncul dan seminit kemudian ia menyerang mangsa dan kelihatan darah dekat permukaan air.
“Mangsa bergelut dengan jerung itu sebelum ikan itu meninggalkan kawasan. Kemudian, beberapa lagi jerung datang menyerang mangsa.
“Kami hanya dapat melihat ikan itu menarik mayat mangsa ke kawasan lebih jauh,” katanya. – DM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments