Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Malaysia kini mempuyai 14 Billionair!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




SINGAPURA— Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai US$12.5 bilion, demikian menurut senarai terkini orang terkaya Forbes.

Malaysia juga kini mencatatkan kekayaan bernilai 14 bilion dolar, melonjak daripada 11 setahun yang lepas.
Indeks Komposit Kuala Lumpur telah bergerak naik empat peratus sejak tahun lepas dan dalam tempoh itu, keluaran dalam negara kasar negara mengukuh 6.4 peratus.

Dalam proses itu, seramai 23 taikun di senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat dengan Robert Kuok mendahuluinya untuk lapan tahun berturut-turut dengan kekayaan bersih US$12.5 bilion.

Pegangannya termasuk Shangri-La Hotels, Kerry Properties dan the South China Morning Post, akhbar berbahasa Inggeris terkemuka di Hong Kong.

Tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menyaksikan kekayaannya meningkat daripada US$9.9 bilion pada 2012 kepada US$11.7 bilion tahun ini.
Antara urus niaga terbaru yang menambahkan kepada kekayaannya ialah penjualan kepentingan dalam syarikat telekom gergasi Maxis dan penyenaraian syarikat pengendali TV berbayar Astro, yang dijadikan persendirian pada tahun 2010 dan mengumpul US$1.5 bilion dalam proses ini.— BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments