Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Penyebab Qi & Yuna Berpisah? – Nelydia Jelaskan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Meskipun sebelum ini Nelydia Senrose pernah membuat kenyataan mengenai hubungannya dengan pelakon Qi Razali tidak lebih sebagai kawan, namun masih ada cakap-cakap yang mendakwa dialah yang menjadi penyebab jejaka itu berpisah dengan teman wanitanya, penyanyi Yuna.

Spekulasi dikukuhkan lagi dengan gosip yang timbul baru-baru ini ekoran gambar-gambar mesra mereka tersebar di ruang internet. Malah ada rakan media yang pernah terserempak dengan mereka di sebuah pusat membeli belah beberapa bulan lalu. Lantas pelakon muda yang semakin meningkat naik namanya ini dikatakan sedang asyik bercinta dengan aktor tersebut.

Bertemu dengan Nelydia sendiri di satu majlis, pelakon Setia Hujung Nyawa ini berkata dia sudah dapat menjangka akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Walau bagaimanapun gadis berusia 19 tahun ini menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.

“Saya bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Saya rapat dengan Qi pun baru jer lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”, katanya turut mengakui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.

Nelydia ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2012), di Holiday Villa, Subang, semalam.

Penuntut Segi College dalam jurusan psikologi ni dan Qi sebelum ini pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I’m in Love.

Menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak, justeru Nelydia mengakui lelaki itu merupakan individu yang sering menjadi bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej.

“Kalau ada apa-apa tugasan kolej yang saya tak faham, saya banyak minta bantuan dia. Dia pun sentiasa bersedia membantu saya. Dengan usia dia nak masuk 37 tahun, Qi matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya”, ujarnya yang juga menolak seandainya bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang.

Tambah Nelydia lagi, walaupun dia berdepan dengan tuduhan sebegitu, dia tidak bimbang kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah menganggap ianya sebagai lumrah sebagai seorang artis.

“Saya tak takut dituduh penyebab mereka berpisah sebab saya tak buat apa-apa. Saya pun tak pernah jumpa dengan Yuna sejak cerita ni timbul. Perkara ni saya anggap lumrah sebagai seorang artis.

Lagipun saya dan Qi memang hanya sebagai kawan. Saya tak pernah tanya apa-apa pasal kehidupan dia mahupun hubungan cinta dia sebab saya tahu saya tak ada hak nak tanya apa-apa”, katanya. – malaysiandigest.com


 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments