JAKARTA: Aktres Indonesia, Julia Perez yang popular dengan nama Jupe, tersenarai sebagai orang yang dikehendaki setelah dua kali gagal menyerah diri ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.
Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan rakan artis, Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010.
Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan adegan pergaduhan dalam filem seram itu.
Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Timur telah memberi amaran akan bertindak lebih tegas jika keadaan memaksa, untuk memastikan Jupe menjalani hukuman penjara itu.
Sementara itu Dewi Persik, yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana peranannya dalam pergaduhan itu, belum menjalani hukumannya. - BERNAMA
No comments
Post a Comment