Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Kafe Popular Sitkom ‘Friends’ Di Beijing!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

BEIJING – Kafe Central Perk yang popular menerusi sitkom “Friends” kini dibuka di Beijing.
Ia menjadi lokasi kegemaran peminat yang ingin merasai suasana seperti yang disaksikan dalam sitkom itu.

Dimiliki Du Xin dia merupakan peminat sitkom itu dan untuk mengoperasikan kafe seperti dalam “Friends” merupakan impiannya.
Xin berkata, “Saya suka siri ini, dan saya rasa ia mempunyai makna khas kepada saya. Apabila saya bersendirian atau dalam kesunyian, ia boleh memberikan saya banyak keselesaan.
Saya percaya sejumlah besar peminat siri ‘Friends’ akan mempunyai perasaan yang sama. Saya tidak menjangka bahawa banyak peminat ‘Friends’ akan datang ke kafe saya. Apabila saya duduk di sini, saya fikir impian saya telah menjadi kenyataan.”
Kebanyakan perincian dan perabot dalam kafe ini adalah sama seperti sitkom ‘Friends’ termasuk menu di dinding serta sofa berwarna jingga.
Du Xin juga menambahkan beberapa perkara lain termasuk papan di bahagian dinding supaya peminat boleh berkongsi pengalaman bersama pengunjung lain.
Selain itu pelayan kafe itu turut menggunakan nama Rachel yang merupakan watak popular lakonan Jennifer Aniston. – Astro Awani

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments