MAO Sukiyama, 22, yang bekerja sebagai chef di Tokyo, Jepun kelihatan sama seperti lelaki normal lain.
Namun, lelaki berambut perang itu mengaku dia seorang aseksual iaitu manusia yang tidak menaruh perasaan cinta mahupun naluri seks terhadap pasangan sejenis ataupun berlawanan jantina.
Lelaki yang gemar memasak ini berkata, dia tidak menyuntik sebarang hormon wanita ke dalam tubuhnya.
Jual kemaluan
"Saya ingin menjual kemaluan saya kepada pembeli yang berminat selain akan memasaknya mengikut menu yang diminta.
"Ini merupakan cara saya menterjemahkan diri sebagai seorang aseksual yang tidak berminat dengan lelaki atau wanita," katanya.
Menurut akhbar The Huffington Post, pada mulanya Sukiyama ingin melakukan satu perbuatan yang tidak masuk akal iaitu memakan kemaluannya sendiri.
Namun, dia mengubah fikiran untuk menjualnya. Akhirnya, pada 13 Mei lalu, dia merealisasikan tujuannya itu di sebuah restoran bernama Suginami Ward of Tokyo sempena hari lahirnya.
Pada majlis itu, lima individu bertuah dapat menjamah kemaluan Sukiyama yang direbus bersama cendawan butang serta halia sebagai penambah perisa. Harga makanan itu RM1,218 seorang.
"Saya berharap semua orang dapat mengiktiraf golongan aseksual. Kami juga mahu memakai pakaian lut sinar sebagai pengenalan untuk kami berinteraksi antara satu sama lain," tutur Sugiyama.
Malangnya, kerana perbuatan yang dianggap memalukan negara Jepun itu, dia boleh didakwa dan dipenjarakan selama dua tahun selain didenda sehingga RM100,000.
Sebenarnya, golongan aseksual jarang diketahui kewujudannya, tidak seperti homoseksual atau lesbian.
Kerajaan Jepun pernah membuat penyelidikan mengenai tingkah laku seks ribuan remaja lelaki dan wanita di negara itu tidak lama dahulu.
Hasilnya, satu pertiga remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun mengatakan mereka tidak berminat untuk melakukan seks manakala satu pertiga remaja perempuan menyatakan perkara yang sama.
Kajian
Kajian itu turut mendapati, 25 peratus lelaki Jepun berumur lewat 30-an tidak pernah melakukan hubungan seks. Lebih mengejutkan, 61 peratus lelaki Jepun dan 50 peratus wanita negara itu tidak berminat berkahwin malah tidak mempunyai pasangan.
Baru-baru ini, kru Jurnal berpeluang bertemu dengan seorang wanita aseksual bernama Hamidah di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur hasil bantuan seorang rakan.
Hamidah mendakwa dia tidak mempunyai naluri seks terhadap lelaki atau wanita.
"Saya berusia 47 tahun tetapi masih kelihatan muda. Saya mempunyai segalanya daripada rumah, kereta dan keluarga.
"Tetapi saya menganggap perkahwinan itu hanya satu bebanan kerana saya perlu menjaga suami dan anak-anak," katanya yang enggan gambarnya dirakam.
Hamidah mendakwa dia pernah mempunyai teman lelaki tetapi hubungan itu sekadar bertahan selama seminggu.
"Saya berasa pelik apabila bekas teman lelaki itu menyentuh tangan saya. Tiada langsung rasa ghairah ataupun keintiman.
"Pernah juga saya ingin menjadi seorang lesbian tetapi hasilnya tetap sama," ujarnya yang bekerja di sebuah firma guaman di ibu kota.
Menurut seorang pakar seks di Britain, David Jay, terdapat 1 peratus penduduk dunia yang merupakan golongan aseksual.
"Faktornya sehingga kini masih gagal dikenal pasti," ujar Jay.
Pakar Psikiatri Universiti Malaya (UM), Prof. Nor Zuraida Zainal berkata, fitrah manusia dan haiwan sebenarnya memerlukan pasangan dalam hidup.
"Jika benar ada golongan aseksual di negara ini, itu hanya akan mendatangkan musibah.
"Bayangkan jika mereka berjaya meresapi pemikiran remaja sekarang hingga menyebabkan ramai yang tidak mahu berkahwin. Ini pasti merugikan negara sekali gus mengurangkan populasi penduduk," katanya.
Mao memposting foto-foto tersebut di blognya, lalu dihapus kerana pertimbangan privasi. Mao juga membuat para tetamunya menandatangani surat perjanjian, bahawa dia tidak bertanggung jawab, jika mereka jatuh sakit setelah makan alat kelaminnya.
No comments
Post a Comment