Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » [Wow] Lindsay Lohan kalah dengan Pitbull di Mahkamah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PELAKON dan penyanyi, Lindsay Lohan kalah dalam tuntutan mahkamah yang difailkan terhadap rapper Amerika, Pitbull berhubung penggunaan namanya dalam lagu ‘Give Me Everything’.

Saman difailkan pada tahun 2011 setelah Pitbull mengeluarkan lagu tersebut.

Dalam lirik tersebut menyebut ‘I got it locked up like Lindsay Lohan’ dan Lohan mendakwa lirik tersebut mendatangkan fitnah ke atas privasi dan hak publisiti selain mendatangkan tekanan emosi.
Pitbull pada mulanya meminta maaf ke atas penggunaan lirik itu namun kemudiannya memfailkan saman balik ke atas Lohan.
Peguam belanya meminta sekatan mahkamah ke atas Lohan kerana memfailkan satu tuntutan yang remeh.
Hakim Daerah Amerika Syarikat, Denis Hurley memberitahu bahawa tuntutan publisiti dan privasi yang dibuat Lohan tidak berlaku dalam sebuah karya seni.
“Berdasarkan New York Civil Rights Law, lagu tersebut dicipta dan diedarkan untuk tujuan mendapat keuntungan, tidak bermakna nama plaintif diguna untuk tujuan promosi atau perdagangan,” tulisnya dalam keputusan.
Peguam Lohan didenda AS$750 (RM2,325) kerana menghina mahkamah. – SinarHarian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments