Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Fifa: Piala Dunia 2014 guna teknologi garisan gol!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah bersetuju untuk membenarkan penggunaan teknologi garisan gol (GLT) pada kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil.


Teknologi ini akan digunakan pada Kejohanan Piala Kelab Dunia di Tokyo pada Disember ini selain Piala Konfederasi 2013 dan juga Piala Dunia pada 2014.
Fifa dalam satu kenyataan berkata, teknologi ini diperkenalkan bagi membantu pengadil membuat keputusan penting dalam perlawanan.

“Matlamat utama kami mengguna GLT adalah untuk memastikan ia dipasang di semua stadium.
"Fifa telah mengeluarkan tender untuk pembinaan sistem ini dalam kejohanan di Brazil nanti,” katanya dipetik CNN.

Hawk-Eye dan GoalRef merupakan antara syarikat yang akan bersaing untuk mendapatkan tender itu.

Keputusan ini diambil selepas insiden melibatkan Ukraine, yang dinafikan gol ketika perlawanan menentang England pada kejohanan Euro 2012.

Dalam perlawanan itu, Ukraine tewas 1-0 kepada England.

GoalRef menggunakan medan magnet untuk menentukan sama ada bola telah melintasi garisan manakala sistem Hawk-Eye berdasarkan penggunaan kamera.


Kedua-dua sistem itu akan melalui peringkat akhir proses ujian Fifa bulan depan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments