Selepas melihat kejayaan ketiga-tiga kakak mereka dalam bidang perniagaan pakaian, Kendall dan Kylie Kardashian pula mengambil langkah yang sama dengan memperkenalkan jenama baju mereka sendiri.
Kendall, 17 dan Kylie, 15, bekerjasama dengan PacSun untuk mengeluarkan rekaan baju buat golongan gadis seusia seperti mereka.
Mereka berdua yang sememangnya berpengetahuan luas dalam bidang rekaan fesyen ini juga sudah lama menceburkan diri dalam bidang modelling.
Sebelum ini, kakak mereka, Kourtney, Kim dan Khloe sudah berjaya dengan jenama pakaian Dash yang diusahakan di Miami dan New York.
Wah nampaknya makin besarlah empayar perniagaan keluarga Kardashian ni ya.
Baguslah muda-muda lagi sudah memikirkan masa depan dengan membuka perniagaan sendiri.
Semoga mereka terus sukses dengan perniagaan yang diceburi..
Mynewshub.my
No comments
Post a Comment