LONDON: Satu daripada kereta terbaik pernah dihasilkan Rolls-Royce dijual pada harga hampir 5 juta (RM24.7 juta) dalam satu lelongan
Kereta unik berwarna perak dikenali sebagai The Corgi kerana bentuknya menyerupai kereta mainan pada era 1960-an ditempah khas pemilik asalnya.
Ketika ia dibina kira-kira 100 tahun lalu, nilai pasaran The Corgi hanya kira-kira 1,000 (RM4,900).
Pada awalnya, pakar kereta antik menjangkakan The Corgi akan dijual pada harga maksimum 2 juta (RM10 juta).
Bagaimanapun, persaingan antara dua pembida di majlis lelongan itu mendorong harga The Corgi melonjak naik kepada 4.7 juta (RM23.2 juta) ketika lelongan itu diadakan di Sussex Barat.
Kakitangan firma lelongan Bonhams, James Knight, berkata bidaan semalam adalah persaingan penjualan kereta paling lama pernah disaksikannya. The Corgi dilelong selepas pemiliknya seorang warga Amerika Syarikat meninggal dunia.
Kereta itu kemudian dibeli seorang warga asing tidak dikenali.
No comments
Post a Comment