Ini ialah Hope For Peace, sebuah arca yang dibina dengan meggunakan konkrit dan sisa kereta kebal serta perisai.
Sebanyak 78 kereta kebal, kereta perisai, meriam dan jip terperangkap selama-lamanya di
dalam arca setinggi 30 meter dan berat melebih 4000 tan.
Ianya dihasilkan oleh Armand Pierre Fernandez, seorang artis dari Perancis untuk kerajaan Lubnan selepas berakhirnya perang saudara di negara tersebut pada tahun 1990.
Ianya dibina berhadapan bangunan kementerian pertahanan Lubnan yang terletak di Beirut.
Makna tersirat arca ini sangat menarik kerana ia sepatutnya menjadi simbolik kemusnahan senjata pemusnah.
Malangnya Luban kembali bergolak pada tahun 2007.
Sungguhpun begitu arca ini sangat kreatif dan menarik!
No comments
Post a Comment