Petaling Jaya: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan
pemeriksaan sebuah kereta dalam satu sekatan jalan berhampiran
Pangsapuri Kayangan, Jalan PJS 10/24, di sini, terkejut apabila menemui
satu bungkusan berisi janin, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, anggota berkenaan menahan
sebuah kereta dinaiki dua lelaki selepas dilihat dalam keadaan
mencurigakan sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed
berkata, janin itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan tuala kecil
dipercayai untuk dibuang atau ditanam.
“Siasatan awal mendapati janin itu milik teman wanita kepada pemandu kereta terbabit yang mengalami keguguran biasa.
“Suspek berusia 26 tahun dan rakannya kini ditahan bagi membantu siasatan, malah teman wanitanya turut dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan,” katanya.
Sumber - Harian Metro
No comments
Post a Comment