Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » Shakira menghitung hari melahirkan anak pertama!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



BARCELONA – Bintang pop Colombia, Shakira mendedahkan bentuk badannya yang hamil menerusi beberapa keping gambarnya yang didedahkan kelmarin.

Bagaimanapun, salah satu gambar yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu menunjukkan Shakira bergambar bersama kekasihnya, Gerard Pique.

Pique merupakan pemain kelab bola sepak Barcelona di Sepanyol.
Gambar berkenaan menunjukkan Shakira mendedahkan perutnya kerana dia hanya memakai bra dan kain di bawah paras pinggang.

Shakira, 35, dan Pique, 25, mula menjalin hubungan selepas pemain bola sepak tersebut muncul dalam klip video lagu rasmi Piala Dunia 2010 berjudul Waka Waka bersama penyanyi jelita itu.

Pasangan yang belum berkahwin itu mengesahkan hubungan mereka pada 29 Mac 2011 menerusi laman Twitter dan Facebook.

Mereka dijangka menimang cahaya mata pada awal tahun ini. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments