Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pizza Golden Crab Claw - Menu terbaru Pizza Hut sempena meraikan Tahun Baru Cina
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



QSR Brands Bhd (QSR) menerusi jenama francais Pizza Hut meraikan Tahun Baru Cina yang bakal tiba dengan pelancaran promosi produk terbarunya, Juadah Golden Harmony.

Produk terbaru itu akan menyajikan Piza Golden Crab Claw berserta hidangan sampingan iaitu Golden Platter dan Fizz Golden Passion.

Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, hidangan bertema yang melambangkan keharmonian dan kemakmuran ini merupakan sajian terbaik untuk dikongsi bersama keluarga dan sahabat handai.

“Sambutan perayaan sebegini adalah waktu sesuai untuk diluangkan bersama insan tersayang sambil menikmati juadah hebat.

“Setiap ramuan dalam produk ini mempunyai maksud tersendiri dan gabungan lazat ini amat sempurna untuk dinikmati pada musim perayaan,” katanya selepas majlis pelancaran di Petaling Jaya, semalam.

Pizza Golden Crab Claw merupakan gabungan kerak Pizza Pan yang dilapisi keju parmesan dan ditambah bahan istimewa lain seperti isi ketam, bawang panggang kuning, ayam limau berlada dan potongan nenas.

Ahmad Zaki berkata, dengan peruntukan lebih RM1.3 juta untuk promosi dan pengiklanan termasuk media cetak serta elektronik, Pizza Hut optimis produk terbarunya ini akan menyumbang 20 peratus kepada perolehan kumpulan.

Hidangan ini kini boleh mula didapati di semua Restoran Pizza Hut seluruh negara dengan harga RM27.90 untuk Piza Golden Crab Claw biasa dan RM36.90 untuk saiz besar. Manakala, Golden Platter dijual dengan harga RM13.90 bagi hidangan ala carte atau RM10.90 dengan pembelian tambahan Kombo Golden Harmony.

Sumber - Sinari Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments