Filem bergenre seram bukan sahaja menjadi pilihan pengarah dan penerbit
di Malaysia, bahkan di luar negara termasuk industri perfileman
Hollywood juga.
Justeru, penerbit, J Miles Dale dan Barbara Muschietti mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula filem Mama, berdasarkan filem pendek Mamá arahan Andy Muschietti, yang turut mengarahkan filem ini sekali lagi.
Filem penuh misteri dan seram ini membawa penonton melayari kisah
mengenai dua kanak-kanak perempuan yang hilang di hutan selepas ibu
mereka dibunuh.Justeru, penerbit, J Miles Dale dan Barbara Muschietti mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula filem Mama, berdasarkan filem pendek Mamá arahan Andy Muschietti, yang turut mengarahkan filem ini sekali lagi.
Namun, lima tahun kemudian, Victoria dan Lilly, dijumpai semula di sebuah kabin tinggal.
Bapa saudara mereka, Lucas, begitu gembira dengan penemuan kedua-dua anak saudaranya itu dan akhirnya membawa mereka pulang ke rumah dan tinggal bersama kekasih Lucas, Annabel.
Bagaimanapun, kepulangan mereka ke rumah itu membuat Annabel merasakan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di rumah itu dan mula tertanya-tanya bagaimana kehidupan Victoria dan Lilly sepanjang lima tahun mereka hilang.
Secara keseluruhannya, sejak awal minit pertama lagi, Muschietti telah berjaya menyuntik rasa seram yang tersendiri kepada kehidupan Victoria dan Lilly, biarpun mereka melalui kehidupan yang bahagia bersama ibu bapa mereka.
Kemudian, plot tersebut mula bergerak, dengan satu persatu kejadian aneh yang berlaku dalam kehidupan mereka, termasuklah pada malam ibu bapa mereka di bunuh.
Lebih menyeramkan apabila, wanita yang disangka ibu mereka adalah makhluk misteri yang membunuh ibu bapa mereka.
Kebijaksanaan Muschietti adalah cara bagaimana dia menterjemahkan makhluk yang begitu menakutkan itu, apabila makhluk yang sebelum ini dilihat berada beberapa meter, tiba-tiba boleh bergerak pantas dan berada di depan muka.
Kesan bunyi dan beberapa sudut kamera amat memainkan peranan, sehingga walaupun skrin tersebut kosong tanpa objek yang bergerak, ia sudah cukup menimbulkan rasa seram.
Begitu juga dengan lakonan Megan Charpentier (Victoria) dan Isabelle Nélisse (Lilly), yang akan membuatkan bulu roma anda meremang dengan renungan mata mereka.
Malah, segala tindak tanduk dan kemisterian mereka akan membuatkan penonton tidak senang duduk.
Bagaimanapun, segala persoalan yang timbul, akan mula terungkai sedikit demi sedikit apabila, durasi filem makin hampir ke penghujungnya.
Bagi mengetahui mengenai misteri kehilangan Victoria dan Lilly, siapakah yang menjaga mereka sepanjang kehilangan mereka? Apakah yang terjadi kepada Annabel? Siapakah wanita misteri yang sering bersama mereka? Saksikan filem ini di pawagam.
Sumber - Sinar Harian Online
No comments
Post a Comment