Wowww.. Macam terbalik.. kenapa Sharifah Zohra
Jabeen Syed Shah Miskin pula yang memaafkan dan bukan minta maaf?? Admin tidak faham lerrr..
Jom Baca petikan dari Sinar Harian Online! >>
SHAH ALAM - Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra
Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan, beliau sudah pun memaafkan KS
Bawani, yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video
kontroversi melibatkan mereka, yang dikatakan telah mengaibkan penuntut
jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, baru-baru
ini.
Dalam kenyataan terbuka yang pertama sejak munculnya isu itu awal
minggu lalu, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau turut
memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya
dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.
"Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.
“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak
profesional, namun saya maafkan mereka,” kata beliau dalam satu
kenyataan hari ini.
Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba
mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil
gambaran yang lebih besar.
Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat
video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi
malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi ‘fenomena’.
“Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu
saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M.
“Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya.
"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah
menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan
parti politik,” katanya.
Kata Sharifah Zohra lagi, beliau turut mempersoalkan kenapa sumpah
pelajar UUM seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi
seperti ‘listen, listen, listen’.
“Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini
berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang
demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang
menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan,
keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa
tanpa campur tangan pihak ketiga,” katanya.
Katanya lagi, pihak yang mempunyai kepentingan tertentu telah berjaya
menjadikan isu ini sebagai fenomena sehingga menyebabkan pelajar dan
pihak-pihak lain membencinya tanpa sebarang alasan.
“Pada masa sama, fenomena video ini yang menyebabkan saya terkenal
dalam satu hari sebenarnya bertujuan mengalihkan pandangan yang lebih
penting terutamanya penyalahgunaan hak pelajar, kanak-kanak dan wanita
dalam demonstrasi jalanan serta jenayah lain seperti dadah, masalah
sosial, pembuangan bayi, HIV, Aids dan rogol.
“Jangan lupa juga, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di
Selangor yang turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak,” katanya.
Sumber - Sinar Harian Online
No comments
Post a Comment