Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Perompak Sia-Sia Rempuh Stesen Minyak Demi Mesin ATM
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Niat sekumpulan lelaki dalam usaha melarikan mesin ATM di sebuah stesen minyak di Bukit Jelutong, Shah Alam, pagi tadi ternyata buang masa dan hanya sia-sia.
Dalam kejadian 4.30 pagi itu, suspek dikatakan merempuh cermin stesen minyak berkenaan dengan menggunakan lori satu tan yang dipandu.
Malangnya, usaha mereka ingin melarikan mesin ATM hanya sia-sia selepas suspek segera melarikan diri gara-gara ketakutan melihat kehadiran seorang penunggang motosikal yang memasuki kawasan stesen minyak berkenaan.
Menurut laporan Harian Metro,  Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, suspek bagaimanapun gagal melarikan mesin ATM berkenaan selepas menyedari kehadiran pelanggan yang mahu mengisi minyak di stesen minyak itu.
“Suspek yang menaiki lori merempuh cermin stesen minyak itu namun beberapa minit kemudian, terdapat seorang penunggang motosikal datang untuk mengisi minyak menyebabkan suspek terus melarikan diri.” katanya.
Ruslan turut memaklumkan, ketika kejadian tersebut terdapat dua pekerja Bangladesh di premis itu namun mereka hanya menyembunyikan diri kerana bimbang dicederakan suspek.
Bagaimanapun, tiada kehilangan wang yang dilaporkan di dalam premis berkenaan.-

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments