Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Jadikan Kekasih Sebagai Tebusan Untuk Elak Ditangkap Polis
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



HUIZHOU: Seorang lelaki yang merupakan suspek curi ketika didatangi polis telah menjadikan kekasihnya sebagai tebusan untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Kejadian itu berlaku apabila Lelaki itu, Zheng, 26 dikunjungi pihak polis bagi menyiasat berhubungan dakwaan kes mencuri. Dia bagaimanapun kemudiannya menggunakan sebilah pisau pemotong daging mengugut untuk membunuh kekasihnya Xiu Shao, 23, sekiranya mereka tidak dilepaskan.

Dalam kejadian itu, Zheng telah mengarahkan pihak polis keluar dari rumah itu atau dia akan bertindak membunuh Xiu.

Menurut pihak polis, Zheng sebenarnya terdapat beberapa pertuduhan melibatkan kes curi dan mereka ke rumahnya untuk membawa Zheng ke balai polis bagi menjalankan siasatan.

“Kita terpaksa memecah masuk ke rumahnya selepas dia enggan membuka pintu dan mendapati dia mengacukan pisau di leher gadis itu.

“Polis enggan mengalah dan terpaksa membuat keputusan segera selepas mendapati darah mengalir keluar dari leher gadis berkenaan yang luka akibat terkena pisau berkenaan.

“Dua anggota yang mendekatinya telah ditikam dengan cermin yang dipecahkannya,’’ katanya.

Bagaimanapun Zheng telah ditembak oleh pihak polis dan terkena pada bahagian dadanya.

Zheng kemudiannya dibawa ke hospital dan kini keadaannya stabil. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments