Singapura – Sepasang kekasih didakwa berbogel dan berasmara di dalam kolam jakuzi di Equarius Beach Villa, Resorts World Sentosa (RWS), lapor media semalam.
Gambar aksi melampau pasangan itu dimuat naik seorang wanita yang menyaksikan kejadian ke laman web Stomp.
Menurut wanita terbabit, pasangan berkenaan tidak menghiraukan orang lain – termasuk kanak-kanak yang memerhati mereka berasmara.
Menurut akhbar The Straits Times, saksi dikenali sebagai Lee, 41, berkata dua anaknya dan sepupu mereka yang berusia lima hingga 11 tahun mengadu melihat wanita terbabit tidak memakai seluar mandi.
Lee terus memaklumkan pihak pengurusan sebelum mengarahkan kanak-kanak terbabit supaya tidak memandang pasangan itu yang jelas dilihat mengadakan seks di dalam jakuzi berkenaan.
Pasangan itu hanya menghentikan perbuatan mereka selepas ternampak Lee mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya.
RWS berkata, perkara itu masih dalam siasatan. – Agensi
No comments
Post a Comment