Filipina – Kejam betul jururawat di sebuah wad bersalin hospital di bandar Cebu. Bayangkan dia sanggup melekatkan pita pelekat pada mulut bayi yang baru berusia lima hari, kerana bayi itu dikatakan `terlalu bising’.
“Bayi awak sangat bising, jadi saya letak itu (pelekat) di mulutnya,’’ itu jawapan tidak berhati perut jururawat terbabit kepada si ibu, Jasmine Noval apabila dia bertanya mengenai mengenai keadaan bayinya itu.
Jasmine mendapati bayinya, Yohannes dilekatkan dengan pita itu sekembalinya ke pusat jagaan bayi di hospital berkenaan.
Selepas didesak, akhirnya jururawat itu membuka pelekat tersebut, menyebabkan kulit pada bibir bayi itu luka.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Yasmine memberikan gambar yang dirakamkannya kepada suaminya, Ryan Noval yang kemudian memuat naik dalam Facebook.
“Jika anda mendapati bayi anda yang baru dilahirkan selamat, fikir semula….Bayi anda mungkin menjadi mangsa dalam diam, dan anda tidak mungkin mengetahui mengenainya!!!!,”.
Itu yang ditulis oleh Noval dalam Facebooknya.
Mereka kemudiannya membuat aduan dan pihak hospital kini sedang menyiasat insiden tersebut
No comments
Post a Comment