Cilacap (Jawa Tengah): Sepasang kekasih di sini semalam ditangkap kerana menggugurkan kandungan hingga menyebabkan kepala janin itu putus.
Ketua Polis Cilacap Noor Yadhi berkata, pihaknya menahan pasangan itu, MK, 19, dan RH, 20, selepas menerima laporan penduduk kampung.
Menurutnya, mereka menggugurkan bayi itu kerana malu selepas hamil di luar nikah.
“Si lelaki, MK, kelam kabut selepas kekasihnya hamil. Dia dan RH masih belum menamatkan pelajaran di Cilacap. Mereka belajar di tempat sama,” kata Noor.
Pasangan itu disyaki menggugurkan kandungan itu di ladang berhampiran rumah bapa saudara si perempuan pagi kelmarin.
RH yang hamil lima bulan kesakitan selepas minum ubat untuk menggugurkan kandungannya itu. Tidak lama kemudian, kaki janin itu kelihatan. “MK menariknya tetapi kepala janin itu terputus dan tersangkut. RH mengalami pendarahan yang teruk,” kata pegawai polis berkenaan. Kejadian itu menyebabkan MK cemas lalu membawa RH ke hospital.
Pasukan perubatan terkejut kerana kepala janin itu masih berada dalam rahim RH. “Kami menerima aduan itu lalu menahan MK. RH pula masih menjalani rawatan,” kata Noor
Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum penjara 10 tahun - Agensi
No comments
Post a Comment