Bavaria: Satu pasangan dilarang oleh pejabat pendaftaran daripada menamakan anak mereka Wikileaks kerana bimbang ia akan membahayakan kebajikan kanak-kanak itu.
Hajar Hamalaw, 28, yang berasal dari Iraq dan menetap di Jerman mahu menamakan bayi lelakinya sempena nama laman web kontroversi itu atas alasan meminati laman berkenaan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Passau, Bavaria menolak pilihannya itu dan melarang dia menamakan anaknya dengan nama berkenaan.
Hamalaw berkata, dia mahu memberi nama ‘Wikileaks’ kepada anaknya kerana percaya yang laman berkenaan berjaya ‘mengubah dunia’.
Dia yang juga seorang wartawan dan menetap di Passau, tanpa berselindung menunjukkan minatnya terhadap laman web berkenaan sejak lapan bulan lalu.
“Pendedahan Wikileaks menyebabkan perubahan besar di seluruh dunia. Terutamanya pendedahan mengenai Iraq, tempat asal kami,” katanya.
Namun, kerana dilarang pihak berkuasa bahagian pendaftaran Bavaria, nama itu tidak boleh didaftarkan.
No comments
Post a Comment