Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » AirAsia ‘dibelasah’ warga siber ekoran artikel didakwa sindir tragedi MH370
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KUALA LUMPUR – AirAsia menjadi sasaran kritikan di laman siber berikutan penyebaran sekeping gambar yang disiarkan di sebuah majalah penerbangan syarikat tambang murah itu yang disifatkan tidak sensitif terhadap tragedi MH370.
Majalah Travel 3Sisxty terbitan syarikat tersebut menyiarkan beberapa gambar yang menceritakan beberapa insiden lepas mengenai juruterbang mendarat di lapangan terbang yang salah serta masalah teknikal yang dihadapi selain isu kemampuan juruterbang.
Gambar tersebut disiarkan di tiga muka surat di halaman 125 majalah berkenaan.
Petikan itu berbunyi: “Training and Preparation – Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough.
“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!”
(Terjemahan: “Latihan dan Penyediaan – latihan untuk juruterbang di AirAsia berterusan dan sangat teliti. Yakinlah bahawa kapten anda cukup bersedia untuk memastikan pesawat anda tidak akan hilang. Selamat terbang!”)
Artikel tersebut disiarkan ketika dunia masih meratapi insiden MH370 yang masih mencetuskan tanda-tanya selepas tidak mendarat seperti dijadualkan di Beijing pada 8 Mac lalu sebelum dilaporkan menamatkan penerbangan di Lautan Hindi.
Portal Malaysiakini menyiarkan beberapa komen di laman sosial ekoran penyebaran artikel dan gambar berkenaan.
Pengguna Twitter bernama @Shamilf dipercayai menjadi orang pertama yang menimbulkan perkara tersebut dengan menyifatkan petikan dalam artikel berkenaan sebagai keterlaluan.
“AirAsia , syarikat penerbangan terbaik di dunia, dengan diuruskan oleh golongan yang memang sombong, ” katanya dalam posting bersama gambar yang dikongsi dengan 263 pengguna Twitter lain pagi ini .
“Kamu biar betul AirAsia (dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia) Tony Fernandes? ” kata seorang lagi pengguna Twitter @ AyeenSalleh .
“Perlu lebih bertimbang rasa. Apa yang anda cuba buktikan sebenarnya? ”
Bagaimanapun, beberapa pengguna Twitter seperti Twitter @ firdyfire memilih untuk berhati-hati dalam memberi komentar.
“Adakah ini satu kenyataan palsu, kempen berniat jahat untuk memburuk-burukkan terhadap AirAsia?, “soalnya sambil meletakkan tag beberapa pengguna Twitter yang lain termasuk Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Fernandes sendiri. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments