Waktu kita hidup di dunia, buat pertama kali tahu yang manusia ada jenis yang sama rupa. Mereka adik beradik, dengan muka sebijik ! Itu pun tahu daripada sekolah.
Bila kita tahu, bahawa wujud adik beradik kembar ni, kita ingat mereka akan membesar bersama, pakai baju yang sama, makan dengan pinggan sama sampaikan nak masuk tandas pun bersamalah.
Namun, di sebalik segala kesamaan itu, terdapat jiwa yang berlainan antara dua beradik ini. Yang satu, ada tujuan hidupnya sendiri, ada minat yang tersendiri sama jugalah pada yang satu lagi.
Seorang fotographer, Gao Rongguo telah membuat satu projek sendiri dengan mendapatkan kembar yang telah berusia dan menangkap gambar mereka sebelah menyebelah.
Tujuannya adalah untuk membezakan, bahawa kembar pada asalnya memang sama namun setelah lama kelamaan pasti akan bawa haluan sendiri dengan cara yang berbeza. Lihatlah perbezaan mereka setelah berusia. Namun, gambar yang terakhir amat menyentuh perasaan.
No comments
Post a Comment