KUCHING - Kegagalan dua pengawal keselamatan di bangunan kajian klinikal Hospital Umum Sarawak melaporkan diri pada sesi pertukaran tugasan pagi tadi, terjawab apabila polis menemui satu mayat ditimbus dengan pasir di dalam lubang di bangunan itu petang ini.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Superintenden Roslan Bek Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa, yang dipercayai dibunuh, adalah seorang lelaki Melayu berusia 69 tahun dan berasal dari Kuching.
"Mayatnya yang ditemui pada 2.30 petang dihantar ke hospital itu untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, hari ini.
Berikutan itu, katanya polis sedang mengesan seorang lagi pengawal keselamatan lelaki berbangsa Bidayuh yang bertugas pada syif sama.
Menurutnya rakan dua pengawal keselamatan itu yang menyedari ketiadaan mereka, turut menemui banyak tompokan darah di sekitar kawasan bangunan itu yang masih dalam pembinaan itu.
"Pengawal keselamatan itu kemudian melaporkan penemuan kesan darah itu kepada polis kerana mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku.
"Susulan itu, pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan PDRM dihantar ke lokasi kejadian," katanya.
Roslan berkata hasil pemeriksaan di seluruh kawasan bangunan itu, polis menemui satu lubang yang dibuat oleh kontraktor bangunan untuk dijadikan longkang, namun kelihatan ditimbus dengan pasir.
"Apabila digali polis menemui satu mayat lelaki dalam ke
No comments
Post a Comment