Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Dua Beradik Terbunuh Selepas Ziarah Ibu Sakit
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Tapah: “Suami balik kampung di Kedah pada Khamis minggu lalu untuk menziarahi ibu yang sakit, tapi kini dia yang pergi lebih awal,” kata Nahiyah Mohd Salleh, 33, yang kematian suami dan abang ipar akibat nahas jalan raya, semalam.
Mohd Nadzrul Khairi Ishak, 34, dan abangnya Muhamad Nadzim, 39, yang juga Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Perlis, maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Kilometer 348.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, jam 5 pagi semalam.
Dua beradik itu terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dan dipandu Mohd Nadzrul melanggar belakang sebuah kenderaan lain sebelum dirempuh pula kereta model PROTON Satria GTI yang datang dari arah sama.
Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke ibu negara dari kampung mereka di Kampung Baru Kuala Nerang, Kedah.
Nahiyah berkata, suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bandar Jengka, Pahang dan menumpangkan Muhammad Nadzim yang mempunyai urusan di Kuala Lumpur.
“Suami ada menghantar mesej Whatsapp jam 10 malam tadi (kelmarin) tertanya-tanya kenapa masih belum menerima duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bercadang menyelesaikan perkara itu sebaik sampai ke rumah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tapah, di sini, semalam.
Menurutnya, abang iparnya menumpang suaminya untuk membeli barang bagi memulakan perniagaan kedai makan di kampung mereka.
“Bagaimanapun, hajat mereka tidak kesampaian.
Arwah suami yang bekerja sendiri memang sering pulang ke kampung untuk melawat selain mempunyai perancangan menjalankan perniagaan kedai makan bersama abangnya.
“Saya reda dengan pemergian arwah dan akan berusaha menunaikan amanatnya supaya menjaga tiga anak kami berusia tiga hingga tujuh tahun,” katanya.
Sementara itu, isteri Muhammad Nadzim, Shazlina Ali, 38, yang bertugas sebagai Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Perlis, turut terkejut dengan insiden itu.
Jenazah kedua-dua mangsa dituntut ahli keluarga sebelum dibawa pulang ke kampung halaman mereka jam 2 petang untuk dikebumikan di Kampung Baru Kuala Nerang, Kedah.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah kenderaan lain sebelum berpusing dan melintang di tengah lorong kanan lebuh raya.
“Siasatan awal mendapati kenderaan Ford Ranger dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai melanggar kenderaan lain sebelum PROTON Satria GTI yang datang dari arah sama merempuh bahagian sisi kiri pacuan empat roda yang melintang itu,” katanya.

Hmetro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments