Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sebab Buku ‘Ultraman’ Diharamkan KDN
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SETELAH membuat pencarian, barulah dapat menjengah isi kandungan buku ‘Ultraman The Ultra Power’ yang diharamkan penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan semalam.
Baru penulis faham kenapa buku komik watak wira dari Jepun Ultraman berkenaan diharamkan.
Menurut Facebook seorang Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Zaharuddin Abdul Rahman, di dalam buku itu tertera kata-kata bahawa watak Ultraman King itu terlalu dihormati sebagai ‘Allah’ dan ia jelas mampu menggugat akidah.
Sejak semalam, tindakan KDN mengharamkan buku itu dijadikan bahan gurauan di laman sosial Twitter dan Facebook mempersoalkan mengapa KDN begitu serius dan beriya-iya mengharamkan buku itu.
Ultraman King Adalah Ultra yang paling berkuasa dalam alam semesta di Papar garis Universe. Beliau adalah yang tertua Ultra, purba sebelum setiap Ultra lain yang diketahui dilahirkan. Dalam tahun 2006, filem Monster Mega Battler, Ultra Galaxy Legend The Movie, beliau dianggap sebagai, dan dihormati “Allah” atau Elder semua wira Ultra,” menurut tulisan dalam bahagaian buku yang mencetus kontroversi.
Selain itu, terjemahan terbitan Resign Publications yang dicetak oleh Network Printers ini begitu lemah kualiti Bahasa Melayunya kerana ia mungkin diterjemah oleh seseorang berbangsa lain ataupun hanya menggunakan aplikasi penterjemahan.
Dr Zaharuddin bersetuju dengan tindakan KDN yang mengambil langkah menghentikan penerbitan buku berkenaan.
“Buku itu diharamkan KDN disebabkan ayat-ayat, seluruh cerita dalam buku tersebut dan idea sebagaimana di dalam gambar. Jika benar ia disengajakan dan begitu ceritanya, saya bersetuju dengan pengharaman walaupun mungkin tidak popular dan dilucukan oleh orang ramai. Jika tidak sengaja, mungkin boleh ditarik balik sahaja,” kata beliau dalam Facebooknya.
Penulis rasa jika tiada pun perkataan “Allah” berkenaan, baik juga buku itu diharamkan juga kerana penggunaan bahasa dalam terjemahan yang lemah

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments