Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 58% Penghuni Rumah Air Di Sabah Warga Asing
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SANDAKAN – Bancian yang dilakukan pihak berkuasa di empat kawasan perkampungan air di sini mendapati sebanyak 58 peratus rumah di kawasan tersebut dihuni oleh warga asing.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, bancian mendapati 2,847 rumah terbabit didiami penduduk bukan warganegara manakala baki 42 peratus atau 2,081 rumah dihuni rakyat negara ini.

“Sebanyak 4,928 rumah dengan sejumlah 24,931 penghuni berjaya dibanci sepanjang tempoh operasi bancian Esscom di empat kawasan perkampungan air di sini bermula Sabtu lalu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Post-Mortem Program Banci Perkampungan Air Sandakan di sini hari ini.

Mohammad berkata, Kampung Mangkalinau mencatatkan jumlah rumah setinggan milik bukan warganegara terbanyak iaitu 70 peratus atau 1,291 rumah berbanding 30 peratus atau 566 rumah warga tempatan.

Manakala, jumlah rumah yang dihuni bukan warganegara juga agak tinggi di Kampung Forest (termasuk Good View) iaitu 55 peratus atau 653 rumah berbanding 45 peratus (536 rumah) milik rakyat tempatan.

“Rumah yang didiami warganegara di Kampung Muhibbah dan Cahaya Baru pula melebihi rumah bukan warganegara,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, tiada tangkapan dibuat sepanjang tempoh operasi bancian itu kerana ia bertujuan mengetahui jumlah rumah, penduduk serta demografi penduduk warganegara dan bukan warganegara.
Katanya, operasi bancian itu berjalan dengan lancar dengan penduduk kampung termasuk pemimpin masyarakat memberikan sokongan dan kerjasama yang baik.

Namun, beliau mengakui petugas banci menghadapi cabaran kerana keadaan cuaca tidak menentu dan kemudahan infrastruktur yang tidak baik termasuk jambatan sempit atau jeti kecil yang tidak kukuh.

“Seramai 171 pembanci dan 258 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, termasuk anggota pasukan keselamatan terlibat operasi bancian itu,” katanya.

Hasil bancian akan diteliti oleh Esscom dan Jabatan Perangkaan sebelum dikemukakan kepada kerajaan untuk tindakan susulan, termasuk menentukan sama ada penduduk kampung air terbabit dipindahkan atau sebaliknya.

Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments