Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Selamatkan Dua Juta Bayi Dengan Darahnya
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SEORANG lelaki warga emas berusia 74 tahun ialah adiwira sebenar dalam dunia nyata dan realiti.
Biarpun beliau tidak perlu memakai sut khas yang ketat ataupun memakai seluar dalamnya di luar tetapi lelaki itu James Harrison telah menyelamatkan lebih 2 juta bayi dalam masa 54 tahun lepas.
Beliau yang dilahirkan di Australia, memiliki sejenis darah yang luar biasa – plasma darah merahnya mengandungi antibodi yang boleh merawat bayi dari wabak Rhesus, satu bentuk jangkitan anemia.
James telah menderma darah secara kerap sejak berusia 18 tahun dan telah menderma lebih 1,000 kali sekarang ini. Beliau tidak pernah gagal menderma darah, apabila beliau ada kelapangan, beliau akan menderma darah di pusat menderma darah.
“Saya telah menderma darah di Sunshine Coast, South Australia, Western Australia, Tasmania dan New South Wales atau ke mana sahaja yang saya pergi ada Kelab Karavan, saya akan menderma.
“Saya tidak pernah terfikir mahu berhenti menderma darah, tidak mungkin,” katanya.
James mendapat motivasi menderma darah selepas menjalani satu pemnbedahan dada ketika berusia 14 tahun, ketika itu beliau memerlukan 13 liter bekalan darah.
“Saya dimasukkan ke hospital selama tiga bulan, darah yang saya terima menyelamatkan nyawa saya, saya berjanji pada diri saya apabila saya berusia 18 tahun, saya katakan pada bapa saya yang saya akan pergi menderma darah sendiri.
Keistimewaan pada darah James hanya dikesan selepas beliau mula menderma darah apabila antibodi yang sukar dicari itu dikesan terdapat dalam darahnya.
Ketika itu ribuan bayi mati di Australia pada setiap tahun kerana wabak Rhesus dan sesetengah bayi menderita akibat kerosakan otak yang kekal.
Darah yang didermakan James menjadi begitu berharga dan nyawanya diinsuranskan oleh kerajaan Australia sebanyak 1 Juta Dolar Australia.
Pada tahun 1996, beliau mula menderma plasma darah merahnya.
“Saya tidak berasa takut sedikit pun, saya gembira kerana boleh membantu,” kata James yang kini digelar “Lelaki Berlengan Emas” dan juga “Lelaki Satu Dalam Dua Juta”
Apabila keistimewaan di dalam darahnya dikesan, beliau secara sukarela menjalani beberapa ujian untuk menghasilkan vaksin Anti-D yang diberikan kepada semua wanita mengandung yang mempunyai darah yang mengandungi unsur Rh-negatif.
Wabak Rhesus mewujudkan satu keadaan tidak serasi antara darah ibu dan darah anak yang masih dalam kandungan. Ia berlaku apabila seorang memiliki RH-positif dan seorang lagi RH-negatif.
Seorang ibu, Joy Barnes telah dibantu oleh James dan telah berkenalan dengannya selama 23 tahun.
Beliau mengalami dua kali keguguran pada bulan keempat dan kelima kandungannya sebelum menerima rawatan itu.
“Tanpa beliau, saya takkan dapat merasa melahirkan seorang bayi yang sihat,” katanya.
Anak James sendiri, Tracey turut mendapat faedah daripada vaksin Anti-D itu, tidak beberapa lama selepas kelahiran anak lelakinya.
Tracey berbangga dengan ayahnya, khususnya apabila beliau berjanji akan terus menderma darah biarpun selepas kematian ibu mereka. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments