Mendengar berita teman baiknya, pelakon
dan pengacara Scha Al-Yahya kini sudah hamil, Lisa Surihani antara orang
yang paling gembira.
Malah dedah Lisa, sebelum khabar tersebut sampai ke pengetahuan umum lagi, Istanbul Aku Datang ini sebenarnya sudah pun dimaklumkan terlebih dahulu oleh suami Scha sendiri iaitu Awal Ashaari.
“Awal ada beritahu saya tapi masa tu dia
dengan Scha belum betul-betul pasti lagi dan tak bersedia nak kongsi
berita tu dengan peminat. Tapi bila mereka dah beritahu pada umum,
sebagai teman baik saya sangat gembira untuk mereka”, katanya kepada
Malaysian Digest.com ketika ditemui baru-baru ini.
Justeru kata Lisa, sebagai seorang
isteri dia pun mengharapkan gilirannya melalui saat gembira seperti Scha
mahupun wanita lain yang pernah hamil akan tiba satu hari nanti. Siapa
yang tidak mahukan zuriat, namun mungkin belum rezeki dia dan suaminya.
Begitupun, menurut Lisa dia tidak kisah
dengan pertanyaan ramai tentang bila lagi mereka suami isteri mahu
menimang cahaya mata. Cuma dia berasa kecil hati bila ada beberapa
pertanyaan diajukan padanya sehingga menyentuh soal yang terlalu
peribadi.
“Saya tak kisah kalau orang kerap
bertanya, bila lagi, bila lagi…? Ini semua kuasa Allah. Mungkin belum
rezeki kami. Tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada
orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.
“Saya tak faham kenapa mereka tak
sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan
diri mereka dalam situasi saya. Bukan kami tak berusaha, tapi tidaklah
sampai kami perlu berkongsi tentang perkara itu pada umum.
“Disebabkan soalan-soalan yang sensitif
itu, membuatkan saya asyik terfikir walhal saya dan suami, kami okay
saja. Sebab itu saya luahkan rasa kesal dengan sikap beberapa pihak itu
di Instagram baru-baru ni, mujur ramai yang menyokong saya dan saya rasa
lega”, tuturnya yang hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan
pengarah dan pelakon Yusry .
Dalam pada itu menyentuh mengenai perkembangan karier, Lisa kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Cicakman The Movie 3.
Beritahu Lisa, pada awalnya timbul juga
rasa bimbang untuk bekerja dibawah arahan suaminya. Namun sehingga kini
semuanya berjalan lancar.
foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
“Mulanya risau juga nak kerja dengan
Yusry sebab saya ni manja, takut nanti kalau kena marah, saya terasa
hati. Tapi bila di set, okay pula. Kami profesional.
“Setiap kali masuk set, dia akan panggil saya dengan nama watak saya iaitu Linda. Tapi ada sekali tu dia tersasul panggil
kemudian cepat-cepat dia tukar dan panggil saya Linda. Lucu pula
rasanya”,katanya yang sebelum ini pernah berlakon bersama dengan Yusry
menerusi filem Ular.
Cuma, cabaran yang dihadapi ialah apabila dia perlu menahan gelak apabila perlu berlakon dengan Zizan.
“Tapi cabaran utamanya, saya kena tahan
gelak setiap kali berlakon dengan Zizan. Tengok mukanya saja saya dah
nak tergelak padahal karakter saya ialah seorang yang serius”, ujarnya
yang memengang watak isteri kepada Zizan dalam filem berkenaan.
Perkembangan lain, selepas penggambaran
Cicakman, Lisa bakal menjayakan sebuah filem arahan Osman Ali. Namun
buat masa ini judul dan jalan cerita filem yang khabarnya turut
melibatkan pelakon dari Singapura dan itu masih dirahsiakan. – Malaysian Digest
No comments
Post a Comment