London: Sebuah jawatankuasa parlimen meminta keluarga diraja Britain
mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan selepas simpanan tunai
institusi itu mencatat rekod paling rendah iaitu £1 juta (RM5.5 juta).
Mengikut laporan jabatan akaun awam, keluarga diraja dicadang
merancang perbelanjaan dengan lebih baik bagi memastikan mereka
mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung sebarang kejadian yang
tidak dijangka Ratu Elizabeth.
Dana simpanan itu yang direkodkan
sebanyak £35 juta (RM193 juta) pada 2001 berkurangan sedikit demi
sedikit disebabkan perbelanjaan berlebihan.
Pengerusi
jawatankuasa itu, Margaret Hodge turut mengkritik Perbendaharaan britain
kerana gagal membuat semakan terhadap perancangan dan pengurusan
kewangan keluarga diraja sedangkan banyak peluang untuk membantu mereka
meraih pendapatan lebih dan mengurangkan kos serta perbelanjaannya.
Katanya, tahun kewangan lalu menunjukkan peningkatan dalam pendapatan
mereka namun menganggap masih banyak yang boleh dilakukan.
“Kami percaya pengurusan yang lebih baik mampu memastikan lebih banyak kos dikurangkan.
“Keluarga Diraja juga perlu menangani masalah penyelenggaraan beberapa estet miliknya yang agak kurang terpelihara,” katanya.
No comments
Post a Comment