Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » David Teo Tak Halang Saya Berkahwin - Yana Samsudin
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Tidak seperti segelintir artis yang mencari publisiti dengan gossip panas, pemilik nama sebenar Norliana Samsudin atau lebih mesra dipanggil Yana ini jarang sekali disentuh mengenai kisah-kisah peribadinya.
Minggu lalu, peminat industri hiburan tanah air disajikan dengan berita Yana sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dan sudah bersedia untuk bergelar isteri.
Apa yang menjadi persoalan disini, adakah syarikat pengurusan MIG yang diterajui oleh David Teo akan menghalang Yana untuk berkahwin?
Menurut laporan Kosmo!, Yana menjelaskan, David Teo tidak pernah menghalang dirinya untuk mendirikan rumah tangga. Malah, menurut Yana, David sentiasa mendoakan supaya dia cepat bertemu jodoh.
Kata Yana, syarat yang ditetapkan oleh syarikat pengurusan MIG bukanlah menjadi penyebab dirinya masih solo dan tidak berkahwin hingga kini.
Sebenarnya itu bukanlah menjadi penyebab utama saya masih lagi solo. Saya akui sudah bersedia menamatkan zaman bujang, namun belum berjumpa jodoh yang sesuai lagi.
Terbaru, peminat-peminat Yana akan dapat melihat Yana beraksi dalam Fear Factor Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria bermula 15 Februari ini.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments