Ketika lagu Royal, nyanyian penyanyi wanita New Zealand, Lorde mula-mula menjadi hit ramai yang tak percaya bahawa usianya baru 16 tahun.
Ini kerana wajah Lorde kelihatan lebih jauh berusia.
Oleh kerana tak percaya, ada pihak bertindak menyiasat hingga ke sampai tahap mendapatkan salinan surat beranak Lorde.
Hasilnya, memang sahlah dia sememangnya masih di peringkat remaja dan baru menyambut hari jadi ke-17 pada 7 November lalu.
Mengakui tahu cakap-cakap belakang yang menyatakan dia nampak lebih tua daripada usia sebenar, Lorde atau nama sebenarnya Ella Maria Lani Yelich-O’Connor berlawak ketika muncul di parti pra-Grammy baru-baru ini dengan berkata, “Hai, saya Ella. Umur saya sebenarnya 45 tahun.”
Dari satu segi, usia sebenar Lorde tertera dalam ucapan penghargaan dibuatnya bagi mengucapkan terima kasih kepada peminat di negara kelahirannya baru-baru ini selepas berjaya memenangi dua trofi di Anugerah Grammy.
Dalam ucapan satu muka surat khas dalam surat khabar New Zealand Herald, Lorde melukis gambar trofi bersama tulisan tangan yang dengan gaya bahasa yang jelas menggambarkan usianya masih muda.
Apa pun, Lorde sememangnya berbakat dan usia nyata bukan kayu pengukur untuk jadi penghalang dia terus cemerlang dalam karier muzik
No comments
Post a Comment