BEIJING - CHINA. Taufan Haiyan meragut tujuh nyawa manakala empat lagi dilapor hilang di China setakat pukul 10 pagi, demikian lapor Suruhanjaya Bantuan Bencana Kebangsaan pada Selasa.
Menurut badan itu seperti yang dipetik oleh agensi berita Xinhua, lima kematian dilapor di wilayah Hainan dan dua di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.
Taufan itu yang tiba di China pada malam Isnin menjejaskan lebih tiga juta penduduk di wilayah selatan China di Hainan dan Guangdong serta Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.
Taufan itu juga memusnahkan lebih 9,000 rumah dan 25,000 hektar kawasan tanaman yang mengakibatkan kerugian sekitar 4.47 bilion yuan (US$734 juta).
Haiyan dilapor meragut sekurang-kurangnya 10,000 nyawa di Filipina. - Bernama
No comments
Post a Comment