Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Model Seksi Tati Neves Puji Bieber Bagus Di Ranjang
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Justin-Bieber-Tati-Neves

Ipanema: Model Brazil, Tati Neves akhirnya mengakui menjalin hubungan asmara dengan Justin Bieber, pendedahan yang mengecewakan bekas teman wanita penyanyi terkenal Kanada itu, Selena Gomez. 

“Ia sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Dia mempunyai anggota tubuh yang tangkas dan menarik tanpa berpakaian. Percayalah, dia memang bagus di ranjang,” kata Tati ketika ditemuramah akhbar Britain, The Sun. 


Mengaku tidur sekatil 



Hujung minggu lalu, ketika diwawancara program Fantastico stesen televisyen Globo TV, dia mengaku tidur sekatil dengan Bieber tetapi tidak bercakap sama ada melakukan hubungan seks. 

Tati dikaitkan dengan Bieber selepas satu rakaman video telefon bimbit menunjukkan model berusia 27 tahun itu bersama penyanyi berkenaan di atas katil. 
Tati mendakwa, dia keluar dari bilik hotel pagi keesokannya dan mendapat panggilan dari Bieber supaya kembali bersamanya. 

Bagaimanapun, Tati yang berpisah dengan suaminya, mendakwa dia menolak kerana ‘terlalu penat’. 
Hujung minggu lalu, ketika ditanya dalam program Fantastico sama ada mereka bercium, Tati terdiam sebentar sebelum berkata: “Apakah yang anda fikir, jika saya tidur di bilik itu bersamanya?” 

Tati berkata, dia merakam video Bieber sedang tidur selepas bangun lebih awal keesokannya. 

“Saya terbangun, dia masih tidur dan merakam video video itu selepas berbual dengan seorang teman,” katanya. 

Selena sedih, kecewa 

Sementara itu, sebuah laman web mendedahkan perasaan sedih Selena berhubung pendedahan terbaru oleh Tati. 

“Pekerja Bieber cuba mengurangkan kesan buruk isu itu dengan menyifatkan wanita Brazil itu mencuri masuk ke dalam biliknya dan membuat rakaman sulit tetapi Selena tidak percaya. 

“Apa yang didedahkan oleh Tati mengecewakannya kerana Selena masih ada perasaan terhadap Bieber dan tidak mahu atau perlu tahu apa yang dilakukan mereka di dalam bilik. 

“Selena tahu Bieber dan Tati menjalin hubungan ranjang hanya dengan melihat video itu,” kata sumber Selena. 

AGENSI

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments