Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » ONLYINCHINA - Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Untuk Wanita Solo
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


CHINA – Sewa teman lelaki. Jangan terkejut kerana perkara ini berlaku di China apabila sebuah laman web menawarkan lelaki untuk disewa oleh kaum wanita.

Ia adalah untuk kaum wanita yang masih solo dan berdepan dengan tekanan daripada ibu bapa untuk mencari pasangan hidup.

Dengan menyewa lelaki terbabit, mereka boleh membawanya pulang ke kampung dan bertemu dengan ibu bapa.

Lelaki ini akan menyamar sebagai teman lelaki bagi jangka masa yang ditetapkan.
Melalui laman web Taobao, perkhidmatan sewa lelaki ini ditawarkan dan ia lengkap dengan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh kaum wanita.

Beberapa syarat ditetapkan iaitu lelaki ini perlu disewa dengan minimum tiga hari dan penyewa perlu membayar untuk makan malam bernilai £5, beli-belah (£3) dan bayaran 30 yuan dikenakan untuk setiap jam.

Namun jika penyewa ingin membawa `teman lelaki’ menonton wayang, mereka perlu membuat bayaran dan jumlah akan meningkat dua kali ganda jika filem yang ditonton adalah cerita seram.

Bayaran 50 yuan dikenakan untuk ciuman di bibir, tetapi berpegang tangan dan ciuman selamat tinggal di bahagian dahi atau pipi adalah percuma.

Perkhidmatan sewa teman lelaki ini mendapat sambutan menggalakkan terutama pada musim perayaan tahun baru Cina, iaitu ketika ahli keluarga berhimpun.

Proses pemilihan bermula dengan pertemuan antara pelanggan dan syarikat terbabit.
Pasangan itu kemudiannya akan bertukar gambar dan mereka akan menjalani sesi latihan sebelum perkhidmatan itu bermula.




About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments