Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Remaja Maki Hamun Polis Trafik Bakal Dipenjara 2 Tahun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


AGAKNYA mungkin sudah jadi trend zaman sekarang, semua hendak disebarkan ke laman sosial termasuklah penghinaan kepada pihak berkuasa.

Jika sebelum ini ada Ah Beng ’1 Malaysia’ yang memuatnaik videonya memarahi seorang polis trafik kerana menyamannya, kali ini heboh pula di beberapa blog mengenai seorang remaja yang bakal dipenjara dua tahun kerana perbuatan yang sama.

Bezanya, remaja ini mengambil gambar sebelum memuatnaiknya ke laman Facebook dengan status yang penuh dengan maki-hamun.

Remaja Maki Polis Trafik Di Facebook

Berikut ialah butir kejadian yang dipetik melalui panggungopera.blogspot:
Seorang anggota Polis Trafik IPD K.Pilah semasa bertugas kawalan kesesakan lalu lintas di Jalan Dato Ulu Muar Kuala Pilah pada 25/11/13 jam 10.30 pagi telah mengambil tindakan saman keatas sebuah kenderaan yang menghalang lalu lintas,

Pemilik kereta seorang lelaki Melayu umur 20an mempersoalkan tindakan saman dan pada masa sama lelaki tersebut bertindak mencabar dan mencekak baju serta merakam gambar anggota Polis Trafik tersebut menggunakan handphone.

Anggota Polis Trafik itu dgn tenang “TIDAK MELAYAN” provokasi pemilik kereta tersebut & beredar dari tempat kejadian.

Disebabkan TIDAK PUAS HATI dgn KETENANGAN Polis Trafik itu, dia telah muat naik gambar tindakannya ke Facebook dgn kata2 makian & UGUTAN.
Menurut sumber, satu laporan Polis dibuat selepas kejadian berlaku.

Tindakan:

1) Bertindak di atas kejadian Polis Kuala Pilah menyiasat kes dibawah sek. 353 kanun keseksaan kesalahan menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
2) Lelaki disyaki telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah.
3) Sek.352 KK membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua duanya sekali.

Kami sokong jika orang yang berperangai sebegini diambil tindakan.

Memang betul akaun Facebook itu hak peribadi, tapi ia tidak bermakna anda boleh menjadikan ia sebagai medan mencerca sesuka-hati. Jangan lupa ya, negara masih ada undang-undang!

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments