Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Zahi Hawass ‘Haramkan’ Beyonce Kunjungi Piramid
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



BAGI pencinta sejarah, nama Zahi Hawass yang turut dikenali sebagai Indiana Jones Mesir bukanlah sesuatu yang asing di kalangan mereka.
Ahli arkeologi Mesir itu merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap penemuan makam para pembina piramid Giza, Lembah Mumia Emas di Bahariya selain terlibat dalam pelbagai projek bersama pihak National Geographic.
Terbaru, melalui laporan Daily Mail, beliau ‘mengharamkan’ penyanyi terkenal, Beyonce dari mengunjungi piramid kerana menyifatkan selebriti itu sebagai ‘bodoh dan biadap’.
Zahi Hawass 'Haramkan' Beyonce Kunjungi PiramidSegalanya dikatakan bermula pada tahun 2009 apabila penyanyi itu melawat piramid bersama Hawass sempena konsert jelajahnya ‘I Am…Tour’.
“Kebanyakan orang yang saya bawa untuk lawatan sangat ramah dan menjadi rakan saya. Tapi wanita ini…
“Dia berkata dia akan datang pukul 3 petang, namun dia tiba lewat tanpa memohon maaf,” ujarnya.
Hawass juga menceritakan jurufotonya hampir dipukul oleh jurufoto peribadi Beyonce dan melarangnya mengambil gambar.
Bengang dengan kelakuan mereka, beliau berkata, “Awak hampir memukul jurufoto saya dan biadap. Keluar! Saya tak izinkan kamu semua dalam lawatan ini,”sebelum beredar dari situ.
Bagaimanapun, wakil Beyonce yang ditemui oleh pihak E!News menafikan perkara itu dan menyatakan ia adalah satu pembohongan.
“Perkara ini tidak pernah berlaku. Penipuan demi penipuan,” jelasnya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments