Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » TV Britain Siar Gambar Siti Aishah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


MailOnline kelmarin.
Balakrishnan, 73, yang berketurunan India didakwa melakukan jenayah itu bersama isterinya yang berusia 67 tahun, Chanda yang berasal dari Tanzania.

Mereka dibebaskan secara bersyarat sehingga siasatan berhubung kes yang melibatkan seorang warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab, 69, selesai manakala pasport pasangan tersebut turut dirampas.

Dua lagi wanita yang dikurung itu ialah penduduk berketurunan Ireland, Josephine Herivel, 57, dan penduduk Britain, Rosie Davies, 30.

Mereka diselamatkan oleh polis pada 25 Oktober lalu dari sebuah flat di Brixton di sini selepas seorang wanita berkenaan membuat panggilan telefon secara rahsia apabila dia menghubungi sebuah badan amal Britain.

Rosie merupakan anak perempuan kepada seorang lagi anggota kumpulan Mao itu, Sian Davies yang mati pada tahun 1997 selepas terjatuh dari tingkap rumah sewa mereka di sini.
Balakrishnan, Herivel dan Sian aktif mengadakan protes pelajar sekitar tahun 1970-an di Britain.

Pada tahun 1997, seorang kru filem ITV cuba mewawancara Herivel di kediaman mereka di Brixton susulan inkues kematian Sian.

Semasa liputan tersebut, seorang jurukamera ITV sempat merakam imej Herivel dan Siti Aishah di pintu hadapan sebuah kediaman di Brixton, selatan bandar raya ini.

Dalam rakaman itu, wanita yang kelihatan berkaca mata itu dipercayai Siti Aishah dan seorang lagi ialah Herivel.

Jurukamera itu juga merakam imej Balakrishnan.
Dalam pada itu, seorang bekas guru, Kamar Mautum menyatakan salah seorang wanita yang dibebaskan pada bulan lalu ialah adiknya.

Warga emas itu telah menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke bandar raya ini kelmarin untuk menemui adik perempuannya.
“Selama bertahun-tahun saya hiba, dia anak kesayangan ibu kami, ibu memanggil namanya semasa dia nazak,” kata Kamar.

Siti Aishah dipercayai diserang strok semasa dia dikurung oleh Balakrishnan dan Chanda.
Dalam pada itu, polis Britain kini menyemak semula kes kematian Sian pada tahun 1997.

Ketua Unit Jenayah Terancang Polis Meteropolitan, Komander Steve Rodhouse semalam menyatakan bahawa polis telah meminta dokumen mahkamah berhubung inkues kematian wanita itu. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments