BIAR sebanyak mana pun tatu dan otot yang cuba ditunjukkan oleh
penyanyi Justin Bieber melalui laman Instagram dan konsertnya, itu tidak
dapat mengubah hakikat yang dia masih seorang remaja yang dipantau
keluarga.
Tersebarnya cerita dia meniduri seorang pelakon porno, Tati Neves telah membangkitkan kemarahan ibunya, Pattie Mallette.
Mallette dikatakan terus menghubungi Bieber sejurus mengetahui
perkara itu kerana bimbang anaknya akan dijangkiti penyakit serius
kerana melakukan hubungan rambang.
Bagi kami, memang patut dia dimarahi. Bayangkan jika dia dijangkiti
virus HIV dalam usia begitu muda, tidak tahulah apa akan jadi dengan
kerjayanya.
Hai, ternyata Bieber masih belum cukup matang lagi…
No comments
Post a Comment