Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Syarikat Permotoran Cipta Beg Udara Tepi Kereta
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Cipta Beg Udara Tepi Kereta
LONDON – Beg udara tambahan yang berfungsi dari bahagian tepi kereta ialah rekaan ciri-ciri keselamatan terbaru yang dibangun industri permotoran.
Beg udara itu akan keluar dari celah pintu kereta dalam tempoh 20-30 milisaat untuk melindungi bahagian tepi kenderaan akibat kesan rempuhan.
Pereka di TRW Automotif kini berusaha menghasilkan radar dan sistem kamera bagi mengesan detik tepat untuk beg udara itu berfungsi.
Mereka berharap dapat melengkapkan beg udara itu pada kenderaan premium buatan Jerman sebelum akhir dekad ini.
Naib Persiden TRW, Norbert Kagerer berkata, “Rempuhan di bahagian tepi adalah satu daripada kadar kemalangan tertinggi dengan perkiraan 37-40 peratus jumlah nahas.
Projek pembangunan rekaan baru berkenaan dibiayai Kesatuan Eropah dan bermula tiga tahun lalu di Sepanyol.
Beg udara yang diuji itu berukuran 200 sentimeter panjang, 70sm tinggi dan antara 15 hingga 20sm dalam dengan kapasiti 200 liter. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments