KENTUCKY – “Saya hanya makan daging mentah’. Itu pengakuan seorang lelaki yang makan makanan berkenaan sejak lima tahun lalu selepas mendapat penyakit misteri hingga menyebabkan dia ketagih pada darah binatang.
Derek Nance bukan sahaja makan daging mentah, malah dia juga memberus giginya dengan lemak binatang dan kini mahu menjadi tukang sembelih binatang.
Lelaki ini mendakwa dia tidak pernah jatuh sakit sejak makan daging mentah, malah kehidupannya semakin hebat.
Ketagihan itu bermula selepas doktor memaklumkan bahawa Nance mengalami alergik kepada makanan.
Ia menyebabkan Nance jatuh sakit setiap kali makan dan sejak itu Nance kehilangan berat badan secara yang mendadak.
“Saya sering sakit selama ini, hinggalah saya bertemu dengan seorang lelaki yang mencadangkan supaya saya mencuba daging mentah,’’ katanya.
Kali pertama makan daging mentah, dia mengalami cirit birit namun selepas tiga minggu Nance mula dapat menerima makanan berkenaan.
“Pada mulanya saya dapat rasakan darah melekat di tekak saya, namun secara tiba-tiba saya mula menyukai daging mentah ini,’’ katanya yang mempunyai seorang teman wanita, Joanne yang merupakan seorang vegetarian.
Bagaimanapun tidak semua orang boleh menerima tabiat Nance itu termasuk bapanya, yang pakar dalam bidang biologi.
Jika keluarganya melawat Nance, maka mereka tidak akan memperkatakan mengenai tabiat pelik Nance dan cuba mengelak untuk makan bersama-sama.
No comments
Post a Comment